Tips Untuk Suami Pujuk Isteri Tajuk Agak Lari

Tips Untuk Suami Pujuk Isteri Tajuk Agak Lari

TIPS UNTUK SUAMI PUJUK ISTERI

Tajuk agak lari dengan topik ni..hehe

Melabur hartanah akan lebih menarik jika suami-isteri sama-sama terlibat uruskan harta bersama

Berikut antara cara yang boleh digunakan oleh en suami untuk libatkan isteri bersama.

(1) Buka akaun bank bersama (joint account).
Semua duit rumah sewa dimasukkan ke dalam akaun ini. Barulah ada rasa kebersamaan.

(2) Beli rumah atas nama isteri. Pinjaman juga atas nama isteri supaya isteri rasa yang mereka juga ada bahagian dalam membangunkan ekonomi famili.
.
(3) Bawak isteri bersama semasa melawat rumah yang hendak dibeli.
Tapi hati-hati kerana jika silap haribulan cara ini boleh makan diri.

(4) Biar isteri uruskan hal rumah sewa. Dari cari penyewa sampai kepada kutip sewa. Kerja-kerja berat bolehlah suami uruskan.

Bila kedua-kedua pasangan terlibat, barulah seronok nak venture lebih jauh matlamat kewangan famili.

TAG pasangan tuan-puan.

#hartanahmate
#yourtrustedhartanahmate