Seremban - Kini Yang Menjadi Pilhan Ramai. Don’t

Seremban - Kini yang menjadi pilhan ramai. Don’t play-play with Seremban.
Berdasarkan pengalaman jujur aku sendiri sebelum ni, yang aku tahu berkaitan dengan Negeri Sembilan ialah Seremban. Punya lah banyak tempat kat Negeri Sembilan yang pernah aku sampai tapi hanya Seremban je yang aku tahu.
Senang cherita, aku tak ambik port sangat pasal Negeri Sembilan sebelum ni.
Tapi berubah 360 degrees, bila aku sendiri menetap di Seremban. Dan nak dijadikan cerita, cinta hati aku @ CPM juga orang Seremban. Benar lah orang kata, tak kenal maka tak chinta.
So, berbalik kepada Seremban lagi, ini kali aku nak cerita sikit sejarah pasal Seremban dan mengapa dan kenapa Seremban menjadi pojaan dan pilihan ramai dalam pemilikan hartanah.
Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong. Sg. Ujong telah wujud kurun ke 14. Semasa era pemerintahan Portugis di Melaka, Sungei Ujong tertakluk kepada pemerintahan Sultan Johor pada 1760.
Sungei Ujong mendapat nama daripada peristiwa penebangan pokok Merbau Tua di Rembau. Di ceritkan pokok Merbau Tua tersebut sebesar sebuah kampong dan mengambil sebulan untuk di tebang. Maka setelah pokok tersebut ditebang, bahagian hujungnya jatuh di sebatang sungai dan dijadikan sebuah penempatan setelah mereka jejaki hujung pokok tersebut. Demikian sejarahnya Sungei Ujong memperolehi namanya.
Di dalam pemerintahan sebelum kedatangan Inggeris , Sg Ujong merupakan daerah pentadbiran yang terbesar dan tertua yang meliputi Beranang, Pantai, Rantau, Kelawang, Paroi, Labu, Mantin, Mendun dan Linggi. Kesemua daerah ini ditadbir oleh Datuk Kelana Putera Sungei Ujong.
Seremban mula dibangunkan ketika penemuan kasiterit pada 1870-an . Penemuan kasiterit di kawasan berdekatan iaitu Rasah menunjukkan kedatangan imigran Arab, Melayu dan Cina untuk bekerja di lombong ini dan berniaga.
Ohhhhhhhh, patutlah ada sahabat aku yang ala-ala Arab, tinggal kat Rasah. Dia mungkin konco-konco Arab yang masih ada lagi di Rasah.
Kenapa jangan pandang sebelah mata hartanah di Seremban ialah Infrastruktur pengangkutan. Ada 2 akses mudah ke Seremban iaitu PLUS dan LEKAS. Ini memudahkan jaringan pengangkutan dari selatan dan utara tanah air.
Dan, tak ketinggalan juga Seremban mempunyai akses perjalanan pengangkutan awam iaitu KTM. Dengan ada nya KTM ni, lebih memudahkan orang ramai untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Seremban juga telah menjadi pilihan utama pemaju hartanah yang ada reputasi tinggi seperti IJM Land dan Sime Darby berlumba-lumba untuk membina projek kediaman hartanah. Bila mana pemaju besar ni dah mula bertapak, maka haruslah mereka mempunyai master plan sendiri untuk memajukan kawasan kediaman mereka. Maka dengan sendirinya, kawasan tersebut akan lebih membangun.
Secara jujurnya, purata harga rumah di Seremban , masih lagi mampu milik bagi golongan M40. Average harga dalam RM 400k- RM 500k masih ada lagi buat masa ini. Dan kebanyakan rumah dengan harga tersebut merupakan jenis landed berbanding high-rise jika beli di Lembah Klang.
Seremban mungkin berada di “pentas” yang berbeza dengan Kuala Lumpur, tetapi Seremban mempunyai banyak kelebihan yang ditawarkan dan hampir sama dengan Kuala Lumpur.
Sudah ramai yang mula sedar dengan RM 500k di Kuala Lumpur hanya dapat high rise, manakala jika di Seremban kita mampu memilik rumah landed.
Dan Seremban bertaraf Bandaraya.
#hartanahmate
#yourtrustedhartanahamate