Adil Dengan Diri Sendiri.

Adil dengan diri sendiri.
Beri masa untuk diri sendiri. Jangan terlalu cepat untuk berputus asa. Jika kita seorang peniaga, bagi masa sekurang-kurangnya 2-3 tahun untuk membangungkan perniagaan. Jangan buat separuh jalan atau usaha setengah-setengah.
Begitu juga dalam dunia hartanah, jangan buat separuh dan usaha separuh lepas tu putus asa, cari jalan lain. Memang sampai kesudah memang tak ada kesudahanya. Bagi adil untuk diri sendiri. Biarkan diri sendiri berusaha sehabis mungkin untuk terus berjaya. Bagi masa untuk diri merasa apa yang telah diceburi. Tambah ilmu ,tambah skill dan tambah pengalaman. At least jika gagal, kita bukan gagal sepenuhnya, kita ada ilmu dan pengalaman.
Macam tu juga, jika nak sihat. Jangan cepat putus asa. Usaha separuh lepas tu, tinggalkan apa yang dah diusahakan. Lepas tu complaint badan tak fit. Nak fit macama mana nya, kalau asyik bertukar je cara nak sihat tu. Sekejap diet, sekejap pergi gym, sekejap berlari,sekejap berjalan,sekejap berenang..memang tak jadi lah sebab selalu sangat sekejapnya. Cuba bertahan lama sikit, inysaAllah dapat hasilnya nanti.
#hartanahmate
#yourtrustedhartanahmate