Ini Cerita Minggu Lepas. Simpan Buat Azimat Dan

Ini cerita minggu lepas. Simpan buat azimat dan semangat.
Tahniah untuk team HartanahMate Nurulshakila Kamarolzaman terima award untuk townhall bulan lepas.
Dia masih baru lagi dalam bidang hartanah tapi komited untuk belajar dan buat. Sibuk dengan urusan keluarga tak menjadikan alasan untuk berusaha.
Penampilan awal di booth agak perlahan tetapi bila dah dipertengahan dia sudah rancak.
Aku tak menilai sama ada kau boleh buat ke tak? Aku hanya perlu tahu yang kau nak buat. Kau buat, kau dapat. Aku akan bantu sebaik mungkin.
Aku bukan leader yang perfect, tapi bagi aku, selagi mana kau ada dalam team, aku cuba bantu. Ya, ada juga aku terlepas pandang, tapi aku usaha untuk setakat yang aku mampu jika ada yang memerlukan pertolongan. Bantu yang lain, yang lain akan membantu. Itu yang aku cuba terapkan untuk mereka.
Hari-hari aku berfikir cara yang terbaik untuk bantu mereka. Bukan senang nak guide orang ni. Kadang-kadang diri sendiri kena korbankan. Aku bantu sebaik mungkin, yang lain terpulang pada diri sendiri.
Award bukan segala-galanya, hanya untuk jadi kenangan di masa depan. Yang penting teruskan perjuangan dan jangan putus asa.
Doa.Usaha.Istiqamah.Tawakal ( DUIT )
#hartanahmate
#yourtrustedhartanahmate