Tips Mencari Rumah Untuk Disewakan (jenis Apartment)

Tips Mencari Rumah Untuk Disewakan (jenis Apartment)

TIPS MENCARI RUMAH UNTUK DISEWAKAN (JENIS APARTMENT)

1. Datang melawat kawasan di hari bekerja (sebaiknya hari Selasa, Rabu & Khamis) pada waktu malam sekitar 9 hingga 10 malam. Lihat dari jauh tingkap semua rumah. Jika 70% ke atas lampu menyala. Bolehlah beli apartment di kawasan tersebut. Lagi tinggi peratus lagi bagus!

2. Datang melawat kawasan taman permainan di situ selepas waktu bekerja, sekitar 6 petang mahupun sebelah malam. Kebiasaannya jika kawasan tersebut ramai warga asing, waktu ini mereka balik kerja dan suka berehat santai serta bersembang sebelum naik ke rumah.

Anda suka penyewa dari pekerja kilang & industri? Inilah kawasan pilihan anda.

3. Jika kita tidak suka tinggal di kawasan kepadataan yang tinggi, tidak semestinya bakal penyewa juga tidak suka seperti kita. Lagi 'jem' jalan kawasan tersebut lagi ramai orang suka menyewa. Lebih baik mereka naik LRT, Komuter ataupun naik Grab saja. Semuanya kita jadi boss sebab ada 'driver'! ????

4. Hadir sama solat berjemaah di surau kawasan tersebut terutamanya di waktu solat maghrib & tunggulah sebentar hingga ke waktu Isyak. Populasi yang beragama Islam pasti akan memenuhi surau tersebut. Baik Pak Arab, mahupun abang 'Baiyya', ukhwah mereka ni.. fuhhhh! Salut!

5. Cuba elakkan membeli rumah yang mempunyai kedai makan di tingkat bawah. Kita bakal 'berperang' besar dengan 'haiwan peliharaan' yang tidak diundang mereka.. Seperti tikus dan lipas. Siap bawa pakcik, makcik, ayah ibu mereka bagai.. extra kerja kita nanti ????

Semoga bermanfaat ????

#hartanahmate
#yourtrustedhartanahmate
#infohartanahmate