Faktor Yang Perlu Di Pertimbangkan Sebelum Membeli Tanah

Faktor yang perlu di pertimbangkan sebelum membeli tanah lot.
Pembeli harus memastikan status hak milikan tanah itu benar dan sah menurut gerannya.
Kenal pasti sama ada geran itu mengandungi nama tunggal atau berbilang nama.
Semakan dengan Pejabat Tanah berkenaan yang berkaitan dan juga nasihat profesional seperti daripada perunding hartanah, peguam, penilai, perancang bandar atau juruukur yang berdaftar.
Satu pertimbangan penting yang sering terlepas pandang adalah akses ke plot tanah yang dibeli atau diwarisi. Ini bukan saja merujuk kepada penyediaan jalan atau laluan yang boleh digunakan, tetapi juga kedudukan plot tanah orang lain yang telah menjadi penghalang laluan, menambah pula risiko pencerobohan.
#hartanahmate
#yourtrustedhartanahmate